Saya nak jual kapal terbang!  

Posted by dxcel in ,


Salam...


Dalam dok tengok TV tadi, aku terdengar satu kisah yang diceritakan oleh Dr. Fazley. Mungkin ramai dah dengar cerita ni. Tapi tak kisah, aku nak kongsi bagi semua yang belum mendengar.

Kisahnya di sebuah sekolah, cikgu bertanya, "Murid-murid, nanti besar, apa kamu nak jadi?". Lebih kurang macam tu la bunyi soalan cikgu tu. Lalu ada sorang pelajar bangun dan kata "Saya nak jadi juruterbang cikgu". Seorang lagi bangun "Saya nak jadi jurutera kapalterbang cikgu". Yang bestnya sorang lagi plak cakap "Saya nak jual kapalterbang cikgu".

Sebenarnya, mesej yang ingin disampaikan dalam cerita ni adalah "mindset". Mindset budak ke-3 tadi mungkin dah menggambarkan bahawa beliau adalah seorang usahawan yang berjaya pada suatu masa nanti. Jadi, kesimpulannya, apa pun anda nak jadi, tanamkan semangat dan keazaman tu dalam hati dan minda. Sebab, hati yang akan membantu menggerakkan minda anda ke arah yang anda kehendaki

Semoga berjaya!

This entry was posted on Wednesday, April 21, 2010 at Wednesday, April 21, 2010 and is filed under , . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

2 comments

lawa la gambar kapai terbang tu...hang ambik tang mana?
okla tu nak jual kapai terbang daripada jual bini...hehehe

April 25, 2010 at 6:58 PM

Mat : Gambaq tu dari google. Hehe. Copyright tuan punya.

April 26, 2010 at 12:50 AM

Post a Comment