Awas! Penyebab Kanser dalam produk harian  

Posted by dxcel

Salam sejahtera dan salam ceria semua...jangan marah ye saya dah lama tak menulis..tengah bagi perhatian kat penulisan disertasi. Tajuk kali ni..bahan kimia dalam barangan kegunaan harian kita.

Ramai yang tak sedar atau kurang pengetahuan mengenai bahan-bahan kimia yang biasa dimasukkan dalam barangan kegunaan harian kita seperti syampu, ubat gigi, ubat kumur, pewangi, sabun mandi. Hampir semuanya menggunakan bahan kimia. Tapi, pastikah kita semuanya selamat untuk kita guna? Atau kita sekdar tidak ambil endah terhadap kandungannya?

So, saya berasa terpanggil untuk menghebahkan perkara ni untuk elakkan lagi ramai yang terkena dan mengalami kesan buruknya. Mungkin tak semua bahan kimia yang berbahaya dapat saya dedahkan. Mungkin tak sampai 10% pun. Tap, kita ambil tahu sikit demi sikit lagi bagus dari tak ambil tahu langsung kan.

Tinjauan rawak CAP mendapati kira-kira 100 produk dicemari bendasing berkarsinogen. Bagi yang kurang arif bahasa kimia, karsinogen adalah bahan kimia yang berbahaya dan boleh menyebabkan kanser. Profesor Samuel Epstein, Illinois University memberi amaran berikut:

"Produk yang mengandungi DEA atau TEA, sebatian PEG, ethoxylated alcohol, atau polysorbate 60 atau 80 tidak seharusnya digunakan, kecuali pengeluar memberi pengesahan di atas label bahawa produk terbabit tidak mengandungi nitrosamina atau 1,4 dioxane"

Jadi, mulai sekarang, kita kena berhati-hati memilih barangan kegunaan harian kita. Sekian lama kita guna, kita biarkan toksik mencemari tubuh badan kita. Mungkin sedkarang anda masih belum merasa kesannya. Namun, mencegah lebih baik dari merawat. Saranan saya, beralihlah kepada produk yang lebih diyakini. Contohnya, produk HPA, produk yang dijamin halal dan selamat. Selain dari selamat, halal dan diyakini, kita juga dapat membantu mengurangkan manipulasi produk-produk "besar" yang berada di pasaran.

Beralihlah.....pikir-pikirkan...dan bertindak sekarang!

This entry was posted on Monday, March 16, 2009 at Monday, March 16, 2009 . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment