Ok, mulai sekarang, aku nak muatkan 'review' untuk ciptaan-ciptaan terbaru dalam dunia ni. Zaman pemerintahan DSN ni kan nak galakkan rakyat berinovasi. Kot-kot la benda yang aku review ni sedikit sebanyak boleh bagi inspirasi kat semua. Paling tidak, ada sedikit idea untuk cipta sesuatu. Lemah lagi, just bagi sikit 'awareness' pada semua yang dunia dah maju..zaman dah berubah..hehe. Ok?
Bagi mereka yang teringin nak tau basic IP search, kepentingan, aplikasi, boleh la bertanya. Aku tak keberatan untuk berkongsi. Apa yang diharapkan, rakyat Malaysia akan terus menuju ke arah Rakyat Berinovasi. Dalam dunia ni, kalau kita tengok, syarikat yang paling banyak buat patent adalah IBM. Yang kedua, Samsung. Syarikat Malaysia di mana? Tempat ke berapa tu aku kurang pasti. Tapi, salah sebuah syarikat yang berinovatif kat Malaysia ni adalah Air Asia.
Sistem pendidikan kat Malaysia ni mungkin kurang menggalakkan inovasi. Lebih kepada 'exam-oriented'. Tapi, aku dengar sistem pendidikan akan di rombak dan di formulasi semula. Harap-harap, kerajaan tekankan budaya berinovatif ni kat sekolah. MRSM, SBP, Sek Teknik, aku tengok dah ada sedikit penerapan subjek inovasi ni. Satu pergerakan yang bagus.
Ok. Jumpa lagi di tulisan seterusnya.
No comments:
Post a Comment