Deko-deko rumah: Kabinet Dapur | Part 1  

Posted by dxcel in


Salam...


Entri pada hujung minggu kali ni adalah aktiviti sejak akhir-akhir ni. Sejak mendapat kunci rumah, sedikit demi sedikit aku berusaha untuk menghias rumah baru ku. Memang tak banyak sangat aku renovate oleh sebab rumah aku akan disewakan. Tapi, apa yang aku buat akhirnya berbaloi. Prinsip aku, berikan yang terbaik untuk dapatkan yang terbaik. Dan hasilnya, aku dapat penyewa dan harga sewa yang baik....=)

Apa yang aku buat? Antaranya dalah kabinet dapur. Sebenarnya, sebelum ni aku tak pernah nak ambil tahu tentang hal-hal rumah. Bila dah ada rumah sendiri ni, baru lah mula nak mengenal. Jadi, mungkin ada yang sama perangainya macam aku, so aku nak kongsi pengalaman. Bila nak buat kabinet dapur, antara perkara yang perlu anda semua ketahui adalah material untuk base (bahagian bawah) dan worktop (bahagian meja atau bahagian kerja). Antara material bahagian base adalah konkrit, ABS, dan solid (kayu). Begitu juga dengan bahagian worktop; anda boleh gunakan concrete dengan tiles, atau concrete dengan marble, granite dan pelbagai jenis batuan yang lain serta permukaan solid. Bagi yang budget, material mieco adalah memadai. Tapi ingat, setiap jenis material ada pro dan kontra masing2. Sebagai contoh, mieco top yang merupakan padatan chipboard lebih mudah menyerap air berbanding yang lain. Jadi, langkah-langkah penjagaan yang betul harus diambil bagi memastikan ketahanan dapur anda. Nasihat aku, buat pilihan yang terbaik untuk diri sendiri. Tengok budget masing-masing dan fikir ke depan. Dan, jangan mudah terpengaruh dengan kontraktor. Macam aku, aku lebih suka buat kajian dekat internet. Baca forum-forum, artikel dan kemudian decide.

Bersambung dalam post kedua nanti.....(aku nak bagi shortlisted contractor yang aku dah buat kajian).

This entry was posted on Monday, April 26, 2010 at Monday, April 26, 2010 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

1 comments

Artikel yang informatif, makasih yaa. Furniture dapur minimalis, terutama lemari-lemari dan kabinet, emang yang paling krusial untuk dekor dapur. Salah pilih sedikit, bisa bikin dapur langsung keliatan jauh lebih sempit..

May 26, 2017 at 4:21 PM

Post a Comment