Petua Hilangkan Batuk  

Posted by dxcel in


Salam semua...


Dalam keadaan cuaca yang tak menentu ni, macam-macam penyakit 'mengunjungi' kita. Tambahan pulak, musim penyakit berjangkit seperti H1N1, selsema dan macam-macam lagi. Oleh kerana aku sendiri pun kurang sihat, batuk-batuk..so tercari-carilah petua nak hilangkan batuk.
So, entri kali ni aku nak kongsi dengan semua tentang petua nak hilangkan batuk atau kurangkan batuk. Petua-petua ni aku ambil dari internet, buku dan dari pesanan orang ramai. Cubalah! Manatau salah satu petua tu berkesan untuk anda. Tapi ingat, kalau penyakit berlarutan, jangan lupa jumpa doktor!

1. Amalkan minum air asam jawa suam.
2. Amalkan memakan 21biji kismis setiap hari. (Khasiat kismis akan ditulis kemudian di entri lain)
3. Amalkan pengambilan madu lebih 1 sudu setiap malam sebelum tidur. Bagi Muslim, berselawatlah sebelum mengambil madu tersebut.
4. Amalkan mengambil sesudu madu lebah original dicampurkan dengan perahan limau nipis.
5. Ambil satu ataupun dua sudu nasi panas yang baru saja masak. Kemudian masukkan ke dalam cawan dicampurkan sedikit air. Setelah itu, embunkan nasi tersebut selama semalam. Keesokan harinya, minumlah air tersebut. Ulangi petua ini hingga beberapa hari. Insya Allah, batuk anda akan sembuh dengan segera.
6. Rebus beberapa biji pisang masak. Setelah lembik, campurkan santan secukupnya, sedikit garam dan perasa vanila. Kacau rata dan diminum airnya

Semoga berjaya menghilangkan/mengurangkan batuk anda!

This entry was posted on Wednesday, May 5, 2010 at Wednesday, May 05, 2010 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment