Ni entri pertama aku pasal dunia sains. Berita ni actually aku petik dari majalah mingguan NewScientist.
Pada minggu lepas, Mahkamah di New York memutuskan bahawa tiada paten dibenarkan bagi dua gen yang dikaitkan dengan kanser payudara yang dipatenkan oleh Myriad Genetics of Salt Lake City, Utah. Ini bermakna, paten yang difailkan oleh saintis tersebut, tidak sah. Menurut American Civil Liberty Union (ACLU), yang membawa kes tersebut ke mahkamah, kejayaan membatalkan paten tersebut dapat mengelakkan daripada pemegang paten tersebut memonopoli molekul seperti DNA dan seterusnya menjadikannya sebagai sumber pendapatan mereka. Tambahan pula, DNA wujud secara semulajadi dan tidak boleh dipatenkan sebagai "satu penciptaan". Chris Hanson, peguamcara ACLU berkata " Genom manusia, seperti struktur darah, udara dan air ditemui dan bukan dicipta".
Bagi pendapat peribadi aku, aku menyokong keputusan mahkamah tersebut. Jika dibiarkan DNA dipatenkan, mungkin satu hari nanti, setiap manusia yang dilahirkan, perlu dibayar royalti atau dipatenkan? Fikir-fikirkanlah....
This entry was posted
on Wednesday, May 5, 2010
at Wednesday, May 05, 2010
and is filed under
Dunia Sains
. You can follow any responses to this entry through the
comments feed
.