Tips bersihkan kesan dakwat pada tangan  

Posted by dxcel in


Salam...


Semalam aku dok perosah (ni bahasa kedah, bahasa standardnya adalah mengerjakan, hehe) printer aku. First time pakai sistem CISS (Continuous Ink Supply System). Biasala bila bermain dengan ink ni, paling tidak, sikit akan terpalit pada tangan (kecuali pakai sarung tangan).

Lepas dah siap semua kerja, aku pun cuci tangan yang dicemari dakwat pelbagai kaler ni. Tonyoh punya tonyoh, tak keluar-keluar. Still berbekas dakwat tu. So, ada internet, aku pun search macam mana nak hilangkan dakwat yang melekat kat tangan tu. So, dalam entri ni aku nak kongsi dengan semua macam mana. Teknik ni mestilah digunakan kalau guna sabun tak berkesan no.

Pertama, gunakan hairspray. Caranya, spraykan hairspray kat tempat yang kena dakwat tu, biarkan selama 6-10 saat. Kemudian, basuh tangan anda semula dengan sabun dan air suam. Hairspray biasa saja tau! Jangan guna gel hairspray ka, colour hairspray ka, satgi lain plak jadinya!

Kedua, kalau cara di atas tak menjadi, apa lagi..gunakan peluntur! Tapi awas, pastikan anda mencairkan dulu peluntur tu! 1 bahagian peluntur dicampurkan dengan 10 bahagian air. Rendamkan tangan yang terkena ink ke dalam larutan peluntur tadi selama beberapa minit sehingga dakwat tersebut keluar. Awas! Tak semua orang boleh gunakan cara ni. Ada yang kulitnya sensitif! Jangan sesekali gunakan cara ini untuk bayi atau kanak-kanak. Bagi yang menggunakan cara ni, adalah dinasihatkan agar anda menyapukan pelembap (moiturizer) pada tangan anda selepas dibasuh dengan air bersih.

Antara cara lain yang lebih selamat adalah menggunakan ubat gigi,baking soda, baby wipe, antiseptic beralkohol, minyak zaitun dan baby oil.

Semoga sikit pengetahuan ni boleh memberi manfaat kepada kita semua! Yang ada petua lain, dipersilakan memberikannya di ruangan komen.

This entry was posted on Monday, May 17, 2010 at Monday, May 17, 2010 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

1 comments

good ada jugak petua ya. Tq ya

February 14, 2011 at 10:19 PM

Post a Comment