Entri untuk gajet dan teknologi kali ni nak review satu benda menarik yang aku jumpa. Walaupun gajet ni masih diperingkat konsep, namun, tak mustahil gajet ni akan dikomersialkan tidak lama lagi. Gajet kali ni, ada kaitan dengan susu.
Orang-orang macam aku yang kurang minum susu ni, kadang-kadang beli sebotol atau sekotak susu pun simpan dalam peti sejuk sampai seminggu! Kalau dok dalam botol mungkin kita boleh tengok perubahan kaler susu tersebut selain dari mecium bau susu samada masam atau tidak, baru la dapat tau susu tu masih 'fresh' atau dah basi.
Fakta yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat di UK, sebanyak 364,000 tan susu dibazirkan setiap tahun oleh kerana orang ramai tidak dapat mengetahui kesegaran susu tersebut. Jadi, syarikat tersebut, Cravendale telah mencipta sebuah jug dengan paparan LCD yang menyatakan tahap kesegaran susu yang berada di dalamnya, sama ada 'Fresh' atau 'Sour'.
Cara gajet ini berfungsi sangat simple. Dibahagian bawah jug ini, terdapat sensor di mana ianya dapat mengesan tahap keasidan susu yang berada didalamnya. Susu yang basi akan menjadi masam dan tahap keasidannya meningkat. Jadi, sensor tersebut akan mengesan dan menukar status di LCD skrin.
Simple kan? Tapi kenapa tak ramai orang fikirkannya sebelum ni ye?
This entry was posted
on Monday, May 17, 2010
at Monday, May 17, 2010
and is filed under
Teknologi dan Gajet
. You can follow any responses to this entry through the
comments feed
.