Kadang-kadang, bila banyak sangat cawan yang disimpan dalam almari tu menyebabkan kilauan cawan tu dah tak menyerlah. Mungkin jugak, anda terlupa nak beli sabun pencuci pinggan mangkuk dan tercari2..apa yang boleh digunakan untuk menggantikan sabun tu!Perasan tak..kebanyakan sabun pinggan mangkuk yang kita beli pun,kebanyakannya mengandungi ekstrak pati limau nipis? Ha...pasti ada kegunaannya walaupun tak diformulasikan secara saintifik kan?
Teknik ni, saya dapat dari seorang kawan. Nak kilaukan cawan yang dah pudar kilauannya, mudah ja! Sediakan sebekas air suam, yang dicampurkan garam dan limau nipis (perah dahulu dan letakkan di dalam air). Rendamkan cawan ke dalam bekas air tadi selama 15 minit. Selepas 15minit, bilas dan lap cawan anda. Ting! Cawan anda dah berkilau seperti baru!
lepas ni guna perahan limau je la nak basuh pinggan... pastu duit pun kering.. he3! kalau sekali sekala buat praktikallah kan...
ReplyDeleteawaniz...ni kalau xde sabun bleh la..hehe..waktu terdesak.
ReplyDelete