Assalamualaikum dan salah sejahtera...
Petang-petang macam ni, yang terbayang dalam fikiran, nak makan apa kejap lagi. Pikir pasal makanan, teringat plak nak kongsi ilmu dengan semua. Pasal makanan jugak. Tapi macam tagline blog ni, yang ada kaitan dengan kesihatan la...
Ha..kali ni nak cerita pasal khasiat belimbing buluh. Emm....masamnya! Air liur dah mula melimpah tu! Jaga-jaga...hehe. Sebenarnya, selain daripada dimasukkan dalam masakkan, belimbing buluh ni ada beberapa khasiat untuk tujuan perubatan tradisional. Ha..sebab tu la tajuk kat atas tu...ubat yang tak pahit! Masyam.....
Belimbing buluh boleh digunakan bagi merawat peaskit tekanan darah tinggi, kencing manis ataupun pening-pening (pening lalat pun no hal, haha). Caranya? Caranya kita buat jus! Eee...macam mana la nak buat jus...gigit skit pun dah masam bukan main! Macam ni, amik buah ni yang hijau-hijau (jangan amik yang kuning, lembik, tak aci). Kemudian letak beberapa biji dalam blender. Tambah sikit air dan seketul gula batu (jangan guna gula tebu atau gula melaka, nanti hilang darah tinggi datang kencing manis plak). Siap blender, minum la..apa lagi. Tapi, bagi yang tak nak hampasnya, tapis la dulu.
Selain daripada itu, belimbing buluh ni jugak baik untuk merawat batuk. Tapi bukan buahnya yang kita guna. Kali ni kita guna daun dan bunganya. Ha..kan setiap kejadian Allah tu ada kegunaannya. Ambil segenggam daun dan bunga dari pokok, rebus. Jangan lupa, sebelum tu bersihkan la dulu ye, mana tau..ada semut ke ape ke. Lain pulak jadinya. Apabila rebusan tadi dah mendidih, tutup api. Ambil air rebusan, biarkan suam dan minum. Ulangi rawatan ni sampai batuk hilang. Jika penyakit berterusan, sila jumpa doktor ye... = )
Yang sakit gigi tu...ha...ni yang paling best. Xpayah amik minyak cap kapak..sapu, sapu. Amik ja buah, cecah dengan sikit garam dan gerit (bahasa kedah yang bermaksud gigit,hehe).
Kalau tadi, kita dah guna daun, bunga dan buahnya, sekarang sampai la ke bahagaian akar pokoknya. Ha..sampai ke akar khasiatnya! Akar pokok belimbing buluh ni digunakan bagi merawat pesakit batu karang. Caranya, amik segenggam akar, basuh dan rebus. Kemudian, tambah sedikit gula batu dan kacau sampai sebati. Kemudian, biarkan suam dan minum.
Semoga anda sihat dan ceria!

This entry was posted
on Tuesday, February 17, 2009
at Tuesday, February 17, 2009
. You can follow any responses to this entry through the
comments feed
.