Pisang? Ape Kelas!  

Posted by dxcel in


Buah yang manis rasanya dengan isi yang padat berkrim adalah antara buah-buahan tropika yang boleh didapati sepanjang tahun. Di sebalik ‘jaket’ kuning buah ini, terselindung isi yang penuh dengan khasiat yang mungkin umum tidak mengetahuinya, sama ada untuk kesihatan minda dan fizikal. Bukan sahaja golongan dewasa yang boleh menikmati khasiat buah yang serba lengkap dengan nutrien ini, malah kanak-kanak di peringkat bayi juga sesuai untuk menikmatinya. Kaya dengan vitamin B6 dan vitamin C, pisang juga menjadi sumber alternatif kepada para atlet sebagai sumber tenaga sebelum melakukan aktiviti sukan mereka.

Dalam kajian yang dijalankan terhadap 200 di sebuah sekolah di United Kingdom, di dapati pisang mempunyai ‘kuasa’ yang menakjubkan dalam mempertingkatkan daya konsentrasi para pelajar di dalam kelas. Dari mana datangnya ‘kuasa’ itu? Apa nutriennya? Jawapannya, potassium atau garam galian kalium. Semasa peperiksaan, pisang juga menjadi alternatif bagi ‘ubat penenang’ di mana peranan ini dimainkan oleh kandungan vitamin B di dalam pisang. Hebat rupanya pisang ni ye walaupun ia antara buah yang termurah di pasaran. Sesikat hanya dalam lingkungan RM 2.00-RM 3.00 ( di bandar la)!!!!. Motivasinya di sini, jangan pandang yang murah itu tidak bernilai (teringat saya pada iklan kasut buatan Gombak sempena merdeka).

Pisang emas di bawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi di bawa mati.

Amboi! Tetiba saya berpantun pulak! Kenapa ye? Sebab ada perkataan pisang dalam pantun tu ke? Ye, memang betul..sebab ada pisang dalam pantun Tapi, saya nak uji anda para pembaca sekalian, anda tahu maksud tersirat pantun tersebut? Pasal hutang? Itu aje? Ada lagi..Pernah tak anda terfikir kenapa mesti pisang yang dipilih untuk dibawa belayar? Kenapa tak bawa buah lain ek? Wah..dah macam-macam soalan saya kemukakan. Ape sebenarnya mesej yang saya ingin sampaikan? Mesejnya wahai pembaca yang budiman sekalian, pisang telah dikenalpasti sebagai penghilang rasa mabuk atau pening. Sama hebat macam Panadol™ rupanya pisang ni! Kandungan nutrien yang hebat di dalam pisang berupaya mengawal kandungan gula di dalam darah. Apabila berlaku gejala pening atau mabuk, pisang memainkan peranan penting dengan menaikkan kandungan gula di dalam darah bagi membantu membekalkan lebih banyak tenaga kepada sel-sel di dalam badan supaya berfungsi seperti sediakala.

Ketika minum-minum di sebuah gerai di Alor Setar, tetiba datang dua orang pemuda. “Mas, boleh tumpang duduk?”. Dalam hati saya,“dah sah la ni mamat indon.” Saya pun cakap, silakan la. Takkan orang nak tumpang duduk, cakap sopan, kita nak halau? Moralnya di sini, berprasangka baik, balasannya pun baik. Eh, apa balasan yang saya dapat? Ada ke dalam cerita tadi? Memang la kita tak nampak..Cuba kita nyalakan api, dok dekat api. Anda rasa panas? Betul ke panas? Tak nampak pun panas? Begitulah tamsilannya. Sambung balik cerita. Saya pun cuba-cuba untuk bersembang dengan kedua-dua orang mamat Indon ni. Diorang bekerja dekat kawasan pembinaan di sekitar tempat tinggal saya. Banyak juga yang dibualkan. Tapi, yang saya nak cerita ni, mesti la ada kaitan dengan tajuk kita kan? Saya bertanya, “Kamu bekerja,siang malam, pagi petang, nampak steady je. Makan apa? Ada amal jamu ke?”. “Ngak mas, kok mas ngak tahu, amalan orang tua-tua itu ada bagusnya. Memang jamu itu menyihatkan. Tapi, di mana mau dapat jamu hari-hari di Malaysia. Kalau ada sekalipun, mahal,” jawab salah seorang dari mereka, kemudian di sambung lagi dengan makanan yang agak penuh dalam mulutnya “Nah, ini lah ‘ubat kuat’ kami,” sambil beliau tunjuk sebiji pisang yang kebetulan ada di setiap meja di gerai tu.

Sebaik saja beredar dari gerai tersebut, saya pun terus pergi mencari maklumat. Menarik betul buah pisang ni. Saya jumpa satu jurnal dan beberapa artikel. Antaranya ada kaitan dengan apa yang mamat Indon tadi sebut. Fakta menunjukkan, pisang amat berguna kepada para pekerja dalam menstabilkan stamina dan juga tekanan yang dihadapi ketika bekerja. Satu kajian menarik yang saya dapat baca adalah mengenai kajian yang dijalankan di Austria. 5,000 responden yang diperolehi daripada hospital-hospital telah membuktikan bahawa obesiti kebanyakkannya berpunca daripada tekanan kerja yang berat. Bagi mengelakkan atau membantu mengurangkan tekanan kerja, penyelidik mendapati para pekerja memerlukan bekalan makanan yang tinggi karbohidrat setiap dua jam. Sebagai alternatif, snek berasaskan pisang diberikan. Jadi, dua lagi keajaiban khasiat pisang kita ketahui; mengurangkan tekanan dan membantu mengurangkan risiko obesiti.

Kesihatan badan juga dapat membantu minda kita bekerja dengan cemerlang. Antara khasiat pisang dalam penjagaan kesihatan badan, contohnya dalam mengawal suhu badan. Saya terbaca suatu artikel mengenai amalan tradisi masyarakat Thailand. Ibu-ibu yang mengandung di sana mempercayai pisang dapat menyejukkan anak mereka yang di dalam perut tu! Eh, betul ke ni? Tak percaya kenalah cuba wahai para ibu sekalian, atau bakal ibu.

Jumpa lagi di artikel berikutnya. Mungkin kita dedahkan rahsia khasiat makanan yang lain pula.

Salam ceria.



This entry was posted on Tuesday, February 17, 2009 at Tuesday, February 17, 2009 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

2 comments

so, sebelum kawen, banyak2 la makan pisang untuk tambah stamina...
kalo bole biaq seikat atau setandan pisang tu jadi hantaran sekali...!!
hehehe

April 25, 2010 at 7:09 PM

Amboi mat...nasihat org macam dah kawin! Aku dah lepas..tunggu giliran hang!

May 27, 2010 at 9:57 PM

Post a Comment