Al-kisah Yee Sang  

Posted by dxcel in , , , , ,


Salam semua.....

Memang lama xupdate blog coz banyak 'bergerak' ke sana sini. Entri kali ni nak cerita pasal Yee Sang yang popular semasa musim perayaan tahun baru Cina.

Sempena tahun baru cina, staf-staf department aku berpakat nak buat yee sang bagi meraikan bersama rakan-rakan yang berbangsa Cina menyambut Tahun Baru Cina. Chefnya? Sudah semestinya Muslim yang berbangsa Cina bagi memastikan keaslian resepinya dan juga kesucian makanan tersebut atau dalam erti kata lain, HALAL.

Time diorang tengah prepare, sempat jugak aku mengintai-intai macam mana diorang buat. Nampak macam senang, tapi macam-macam pulak bahan-bahan dia tambah sampai tak terhafal aku. Yang pasti, sayuran adalah bahan utama dan juga kepingan hirisan salmon.

Time makan, apa lagi....cuba la! Rupanya sedap jugak ye yee sang ni (walaupun resepi ni dah di modenkan skit oleh kawan kitorang).

Ni la antara bahan-bahan membuat yee sang. Siap ada strawberi tu! hehe. Moden sikit.

Seperti biasa, entri aku akan disertai sedikit trivia mengenai tajuk entri aku. Trivia yee sang

-Juga disebut sebagai yusheng atau yuu shang (mandarin) atau lo hei (kantonis)
-Yúshēng (余升) bermaksud kemakmuran.
-Dipercayai, semakin tinggi yee sang diangkat, semakin tinggi nasib (baik) si pemakan berubah.
-Juga dikatakan asalnya yee sang ini adalah daripada masyarakat nelayan di cina di makan kepingan ikan dihidangkan semasa hari ke tujuh tahun baru cina atau disebut renri.


This entry was posted on Tuesday, February 15, 2011 at Tuesday, February 15, 2011 and is filed under , , , , , . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment