Singgah sebentar di Nasi Vanggey, Ipoh!
Posted by dxcel in Ipoh, Makan-makan, Nasi Kandar, Perak, Restoran
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!
Balik raya cina hari tu, dala perjalanan nak balik ke KL, tersekat dalam jem teruk. Jadi, aku pun try ikut jalam lama. Dari Alor Setar, sampai ke Ipoh, amik masa sampai 8jam (biasanya 3 jam ja). So, perut dah lapar, mula la tercari2 kedai nak singgah.
Restoran nasi kandar biasanya terkenal di Pulau Pinang, tapi di Ipoh ni pun ada yang best! Nama resoran ni Nasi Vanggey. Aku diperkenalkan dengan restoran ni oleh kawan aku, orang Ipoh.
Tapi, tempat yang pegi ni cuma cawangan dia. Kata member aku tu, kalau nak rasa yang lagi 'kaw', kena pi dekat tempat asal dia, kat Yong Kalsom ke ape ntah. Makanan yang spesel kat sini tentulah Nasi Kandar atau lebih dikenali dengan 'Nasi Ganja' atau 'Nasi Vanggey' ditambah dengan ayam goreng ros. Menu lain yang digemari adalah Roti Nan Cheese. Kalau yang xminat nasi kandar, ada menu2 lain jugak untuk dipesan termasuklah tomyam.Bagi yang nak try, Restoran Nasi Vanggey ni terletak di alamat:
5A, Lebuh 1, Greentown Business Centre,Ipoh, Malaysia 30450
Koordinat GPS:

Salam semua.....
Memang lama xupdate blog coz banyak 'bergerak' ke sana sini. Entri kali ni nak cerita pasal Yee Sang yang popular semasa musim perayaan tahun baru Cina.
Sempena tahun baru cina, staf-staf department aku berpakat nak buat yee sang bagi meraikan bersama rakan-rakan yang berbangsa Cina menyambut Tahun Baru Cina. Chefnya? Sudah semestinya Muslim yang berbangsa Cina bagi memastikan keaslian resepinya dan juga kesucian makanan tersebut atau dalam erti kata lain, HALAL.
Time diorang tengah prepare, sempat jugak aku mengintai-intai macam mana diorang buat. Nampak macam senang, tapi macam-macam pulak bahan-bahan dia tambah sampai tak terhafal aku. Yang pasti, sayuran adalah bahan utama dan juga kepingan hirisan salmon.
Time makan, apa lagi....cuba la! Rupanya sedap jugak ye yee sang ni (walaupun resepi ni dah di modenkan skit oleh kawan kitorang).

Ni la antara bahan-bahan membuat yee sang. Siap ada strawberi tu! hehe. Moden sikit.
Seperti biasa, entri aku akan disertai sedikit trivia mengenai tajuk entri aku. Trivia yee sang
-Juga disebut sebagai yusheng atau yuu shang (mandarin) atau lo hei (kantonis)
-Yúshēng (余升) bermaksud kemakmuran.
-Dipercayai, semakin tinggi yee sang diangkat, semakin tinggi nasib (baik) si pemakan berubah.
-Juga dikatakan asalnya yee sang ini adalah daripada masyarakat nelayan di cina di makan kepingan ikan dihidangkan semasa hari ke tujuh tahun baru cina atau disebut renri.
Kisah Kopi dan fakta menarik mengenainya =)
Posted by dxcel in Coffee, Corat-coret, Kopi, Makan-makan, Sejarah Kopi
Salam.....
Pagi2 dah berkejaran ke KLIA akibat kesilapan sistem untuk Check In di kiosk self-check in. Pukul 5.15 pagi dah tercegat di depan kaunter daftar masuk MAS International. Tapi, malangnya pukul 6pagi baru kaunter bukak. Pukul 6.15pagi, alhamdulillah, dah berjaya daftar masuk. Then, rushing pi ke rumah biras di Sepang sebab nak mintak dia jaga keta. 6.50pagi, sampai balik ke KLIA. Boarding time pukul 7pagi. Hohoho...kalut2......
Bila dah boarding, perut dah mula rasa lapar. Sebab tak pernah tinggal sarapan pagi. Apa lagi, cari la kedai yang ada. Then, nampak 'Jonker Walk' Kopitiam di sebelah lane pintu masuk B. Time dah pukul 6.55pagi. Tinggal lagi 5minit! Aku pun pesan Kopi Kampung! Harga? RM 5.90 secawan! Temasuk tax...dah RM 6ringgit lebih. hehe. Hantam saja lah labu....

Kopi kampung Jonker. Sedap. Pekat.
Jom tengok sikit antara fakta2 menarik mengenai kopi:
- Hayat pokok kopi boleh mencecah sehingga 50-70tahun!
- Biji kopi akan bertukar dari warna kuning ke oren dan akhirnya ke warna merah dalam masa 6-8bulan dari ianya berbunga.
- Dianggarkan 1400juta cawan kopi diminum diseluruh dunia setiap hari
- Antara perkataan kopi dalam bahasa lain: Qahwah-Arab, Koffie-Dutch,Kahve-Turki,Kafei-Mandarin
- 1 Oktober merupakan "Hari Kopi" di Jepun
- Komoditi kedua terbesar didagangkan di dunia selepas Minyak.
P/S: Kopi memang salah satu minuman kegemaranku!
Makan-makan::Mali's Corner
Posted by dxcel in Char Kuey Teow, Makan-makan, Mali's Corner, Nasi Lemak
Salam semua!

Hah..lama dah teringin nak tulis entri pasal makan-makan ni. Almaklumla..aku kan suka makan...hehe...
Entri ni nak review pasal makan kat Mali's Corner. Kepada yang xtau kat mana Mali's Corner ni, ianya terletak kat Danau Kota. Dekat je dengan Uptown Danau Kota. Kat Jalan Langkawi.
Hidangan yang famous kat sini; Nasi Lemak Ayam Goreng Panas dan dah tentu, Char Kuey Teow. Tentang harga, tak terlalu mahal, dan tidaklah murah. For me, just nice sebab tempatnya pun nampak grand..bukan gerai (Mali's Corner yang asal adalah gerai, harga pun murah skit). Aku makan Nasi Lemak Ayam Panas, harganya dalam RM5. My wife makan CKT Special, harganya RM6.
Tentang rasa, Nasi Lemak memang antara yang ter'best'. Sambal dia pedas-pedas manis. Ayam rangup n rasa rempah. Pergh! Tengah tulis ni pun dah kecur air liur. CKT plak, oleh kerana pesan yang spesel, maka banyak lah udang2 yang diberi. Overall, makan kat cni memang berbaloi!
Tengok tu! 8 ekor udang besar! Yummmmmmyy!
P/s: Pastikan anda tak mengeluh, sebab kena beratur panjang nak order (layan diri maa...). Orang sentiasa penuh. Walaupun kedai 2 tingkat.

Dari beratur..order..makan..sampai habis makan, Q sentiasa panjang.
