Showing posts with label Teknologi dan Gajet. Show all posts

Nak off alarm, kena jawab soalan!  

Posted by dxcel in , , ,

Salam.....

Kali ni nak menulis pasal gajet. Aku memang mat gajet pun..hehe

Kebanyakan daripada kita mesti guna jam penggera kan? Bahasa omputihnya...Alarm Clock!

Tapi, masalah utama bila guna jam ni (termasuk la handphone ke ipad ke ape ke) adalah bila bunyi je, trus tekan off atau snooze. Akibatnya...ramai la yang terlajak dak tertido balik.....huhu

Untuk selesaikan masalah ni, IQ alarm dicipta!

Ape tu IQ alarm? Macam mana IQ alarm ni boleh pastikan kita bangun?



Konsep IQ alarm ni adalah, bunyi penggeranya akan berhenti sekiranya kita boleh menjawab 2-3 soalan dengan betul. Jadi, secara logiknya, apabila kita berjaya menjawab 2-3 soalan yang diberikan dengan betul, bermakna minda kita telahpun bangun dan badan kita sudahpun bersedia untuk bangun. Kalau mamai2 lagi tu, xbersedia lagi tu! Best kan?

Jadi, pada sesiapa yang susah sangat nak bangun atau ada tabiat suka sangat off kan alarm, tunggu kehadiran gajet ni nanti. Hehe.....rasanya aku sendiri pun kena beli 1! =P

Kisah Jam Berjenama CASIO  

Posted by dxcel in , , , , ,

Salam semua!

Semoga Jumaat ini menjadikan inspirasi untuk kita semua menjadi lebih baik dari hari-hari sebelumnya!

Kali ni, aku nak cerita pasal jam. Especially jam kesayangan aku, yang dah berkhidmat untuk aku hampir 2 tahun! Thank u to Mr. CASIO!


Ni la jam kesayanganku! Masih hensem walaupun ada sikit calar2! hehe..sori ye Mr. Casio!


Macam yang aku cakap kat atas, jam ni dibeli 2 tahun tahun yang lepas. Aku beli kat Miri (Imperial Mall). Sepanjang aku pakai jam ni, memang puas hati. Walaupun agak mahal (lebih kurang RM300++) tapi memang berbaloi. Tak pernah buat hal. Jatuh terhempas, tenggelam dalam air, still steady! Paling best, jam ni tak ada karat walaupun aku sentiasa pakai jam ni kemana-mana dan berpeluh. Nampak macam simple je jam ni, tapi ada thermometer, ada waktu2 dunia n sports functions.

Jadi, moralnya di sini, alang-alang membeli, biarlah berbaloi...hehe. Tapi ingat, beli setakat yang kita mampu, jangan sampai tak mampu pun nak beli jugak barang mahal2.

Sedikit trivia mengenai CASIO:

  • Pengasasnya adalah Tadao Kashio.
  • Ditubuhkan pada tahun 1946
  • Produk pertama ciptaan Tadao Kashio dan adiknya adalah Yubiwa Pipe (tengok gambar di bawah)
  • Pada tahun 1954, mereka berjaya mencipta kalkulator elektro-mekanical bersaiz meja iaitu yang pertama di Jepun.
  • Pada tahun 1957, kalkulator pertama "all-electric compact" dijual pada harga 485,000Yen.
  • Pada tahun 1957 juga Casio Computer Co. Ltd. ditubuhkan.
Inilah 'Yubiwa Pipe', produk pertama yang dihasilkan oleh Tadao Kashio dan adiknya.



Susu Segar vs Masam :: MagicJug  

Posted by dxcel in


Salam....


Entri untuk gajet dan teknologi kali ni nak review satu benda menarik yang aku jumpa. Walaupun gajet ni masih diperingkat konsep, namun, tak mustahil gajet ni akan dikomersialkan tidak lama lagi. Gajet kali ni, ada kaitan dengan susu.

Orang-orang macam aku yang kurang minum susu ni, kadang-kadang beli sebotol atau sekotak susu pun simpan dalam peti sejuk sampai seminggu! Kalau dok dalam botol mungkin kita boleh tengok perubahan kaler susu tersebut selain dari mecium bau susu samada masam atau tidak, baru la dapat tau susu tu masih 'fresh' atau dah basi.

Fakta yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat di UK, sebanyak 364,000 tan susu dibazirkan setiap tahun oleh kerana orang ramai tidak dapat mengetahui kesegaran susu tersebut. Jadi, syarikat tersebut, Cravendale telah mencipta sebuah jug dengan paparan LCD yang menyatakan tahap kesegaran susu yang berada di dalamnya, sama ada 'Fresh' atau 'Sour'.

Cara gajet ini berfungsi sangat simple. Dibahagian bawah jug ini, terdapat sensor di mana ianya dapat mengesan tahap keasidan susu yang berada didalamnya. Susu yang basi akan menjadi masam dan tahap keasidannya meningkat. Jadi, sensor tersebut akan mengesan dan menukar status di LCD skrin.

Simple kan? Tapi kenapa tak ramai orang fikirkannya sebelum ni ye?

iPhone 4G  

Posted by dxcel in


Salam all...


Orang semua dok kecoh-kecoh pasai iPhone yang terbaru ni, iPhone 4G. So, aku pun mula la mencari-cari tentang iPhone 4G. Jadi, pada semua yang meminati iPhone walaupun tak pernah ada iPhone (macam aku hehe), jom kita tengok apa yang ada pada iPhone yang terbaru ni.

Kisah macam mana iPhone terbaru ni boleh terlepas kepada pengetahuan orang ramai bermula apabila salah seorang software engineer apple tertinggal prototaip iPhone 4G ni kat bar (biasa la kalau dah mabuk, pening). So, dalam entri, aku nak kongsi skit ciri-ciri iPhone terbaru ni yang khabarnya akan berada dipasaran pada tahun ini (di US la).

Apple memang terkenal dengan hasil produk yang berkualiti tinggi. Skrin ada iPhone 4G dikatakan mempunyai resolusi yang tinggi dan jauh lebih baik dari iPhone 3GS (wow!). Tapi, yang tak bestnya, iPhone 4G ni menggunakan micro-sim. Micro sim berfungsi seperti sim biasa, tapi mempunyai saiz lebih kecil (separuh) daripada saiz sim biasa.Jadi, rakyat Malaysia terpaksalah tunggu sehingga teknologi mikro-sim ni digunakan di sini dulu!

Dari segi rekabentuk, Apple telah mengubah rekabentuk iPhone 4G kepada bentuk yang lebih 'petak' dan bersegi, belawanan dengan iPhone terdahulu dimana ianya lebih 'melengkung'. Tapi, tak menghairankan Apple mengubah rekabentuk iPhone kepada 'petak' oleh kerana MacBook yang dikeluarkan pun 'petak'. Dan, iPhone 4G adalah lebih nipis (0.37 inci) berbanding iPhone terdahulu. Manakala saiz dimensi iPhone adalah 4.5"X2.3" dan hanya 140gram!

Antara ciri lain yang ada pada iPhone 4G ni adalah terdapat kamera di hadapan. So, boleh la nak buat video call nanti!

Ok, setakat ni dulu info pasal iPhone 4G. Kalau ada updates, saya akan tulis nanti!


Review on HTC HD2  

Posted by dxcel in


Salam semua =)

Tiap kali tengok bola, mesti ada iklan HTC. Aku macam teruja nak "kenal" dengan HTC ni. So entry kali ni aku nak review skit pasal HTC HD2 ni. Bagi aku, boleh dikatakan, HTC ni saingan kepada iPhone. Tapi dari segi harga, mahalnya boleh tahan la =p


Salah satu kekuatan pada HTC HD 2 ni adalah saiz skrinnya yang "luas", iaitu sebesar 4.3 inci. Dikatakan juga bahawa HTC HD 2 ni adalah phone pertama yang menggunakan platform windows dikuasakan dengan sentuhan kapasitif (capacitive touch). Prosesor phone ni pulak dikuasakan dengan 1GHz prosesor (laju ni!) demi memastikan respon yang pantas apabila disentuh.

Macam mana dengan aplikasi? Jangan risau, HTC HD2 ni pun boleh beli, download dan install aplikasi macam iPhone jugak. Aplikasi boleh diperolehi melalui Windows Marketplace. Untuk yang gemar berinternet, HTC HD2 ni ada sambungan pantas 3.5G dan juga Wi-Fi.

Bagi yang suka mengambil gambar, HTC HD2 menyediakan kamera dengan 5 Megapixel. Dan bestnya, ada dual-LED flash untuk bantuan mengambil gambar yang kurang pencahayaan. Kamera ni jugak autofokus tau! Harga pasaran : dari maklumat yang saya perolehi, harganya adalah sekitar RM2000-2800 (mungkin berubah dari semasa ke semasa).

P/s: Tak sabar nak pegi test HTC HD2 ni hujung minggu nanti!

Nak tengok movie? Pakai spek je....  

Posted by dxcel in


Mungkin ada yang penah tengok dah benda ni. Mungkin jugak ada yang akan kata wow! Bagi aku, benda ni menarik. Kalau ada benda ni, aku rasa pendapatan panggung-panggung wayang akan mula merudum. Penjualan DVD player, TV pun jatuh. Apa benda ni?


Benda ni nama dia 'iWear AV310 Widescreen' . Dengan benda ni, kita boleh tengok movie dengan saiz skrin sebesar 52 kaki! dah macam tengok wayang la kan? Selain dari tengok wayang, iWear ni jugak boleh sambung ke alat-alat lain macam PS, MP4, dan lain-lain lagi yang nak pancarkan video. 

Apapun, aku xtau bila benda ni akan ada di pasaran. Harap-harap Malaysia x ketinggalan dengan alat ni. Rakyat kita ni pun agak techno-maniac!