Showing posts with label Corat-coret. Show all posts

Al-kisah Yee Sang  

Posted by dxcel in , , , , ,


Salam semua.....

Memang lama xupdate blog coz banyak 'bergerak' ke sana sini. Entri kali ni nak cerita pasal Yee Sang yang popular semasa musim perayaan tahun baru Cina.

Sempena tahun baru cina, staf-staf department aku berpakat nak buat yee sang bagi meraikan bersama rakan-rakan yang berbangsa Cina menyambut Tahun Baru Cina. Chefnya? Sudah semestinya Muslim yang berbangsa Cina bagi memastikan keaslian resepinya dan juga kesucian makanan tersebut atau dalam erti kata lain, HALAL.

Time diorang tengah prepare, sempat jugak aku mengintai-intai macam mana diorang buat. Nampak macam senang, tapi macam-macam pulak bahan-bahan dia tambah sampai tak terhafal aku. Yang pasti, sayuran adalah bahan utama dan juga kepingan hirisan salmon.

Time makan, apa lagi....cuba la! Rupanya sedap jugak ye yee sang ni (walaupun resepi ni dah di modenkan skit oleh kawan kitorang).

Ni la antara bahan-bahan membuat yee sang. Siap ada strawberi tu! hehe. Moden sikit.

Seperti biasa, entri aku akan disertai sedikit trivia mengenai tajuk entri aku. Trivia yee sang

-Juga disebut sebagai yusheng atau yuu shang (mandarin) atau lo hei (kantonis)
-Yúshēng (余升) bermaksud kemakmuran.
-Dipercayai, semakin tinggi yee sang diangkat, semakin tinggi nasib (baik) si pemakan berubah.
-Juga dikatakan asalnya yee sang ini adalah daripada masyarakat nelayan di cina di makan kepingan ikan dihidangkan semasa hari ke tujuh tahun baru cina atau disebut renri.


Kisah Jam Berjenama CASIO  

Posted by dxcel in , , , , ,

Salam semua!

Semoga Jumaat ini menjadikan inspirasi untuk kita semua menjadi lebih baik dari hari-hari sebelumnya!

Kali ni, aku nak cerita pasal jam. Especially jam kesayangan aku, yang dah berkhidmat untuk aku hampir 2 tahun! Thank u to Mr. CASIO!


Ni la jam kesayanganku! Masih hensem walaupun ada sikit calar2! hehe..sori ye Mr. Casio!


Macam yang aku cakap kat atas, jam ni dibeli 2 tahun tahun yang lepas. Aku beli kat Miri (Imperial Mall). Sepanjang aku pakai jam ni, memang puas hati. Walaupun agak mahal (lebih kurang RM300++) tapi memang berbaloi. Tak pernah buat hal. Jatuh terhempas, tenggelam dalam air, still steady! Paling best, jam ni tak ada karat walaupun aku sentiasa pakai jam ni kemana-mana dan berpeluh. Nampak macam simple je jam ni, tapi ada thermometer, ada waktu2 dunia n sports functions.

Jadi, moralnya di sini, alang-alang membeli, biarlah berbaloi...hehe. Tapi ingat, beli setakat yang kita mampu, jangan sampai tak mampu pun nak beli jugak barang mahal2.

Sedikit trivia mengenai CASIO:

  • Pengasasnya adalah Tadao Kashio.
  • Ditubuhkan pada tahun 1946
  • Produk pertama ciptaan Tadao Kashio dan adiknya adalah Yubiwa Pipe (tengok gambar di bawah)
  • Pada tahun 1954, mereka berjaya mencipta kalkulator elektro-mekanical bersaiz meja iaitu yang pertama di Jepun.
  • Pada tahun 1957, kalkulator pertama "all-electric compact" dijual pada harga 485,000Yen.
  • Pada tahun 1957 juga Casio Computer Co. Ltd. ditubuhkan.
Inilah 'Yubiwa Pipe', produk pertama yang dihasilkan oleh Tadao Kashio dan adiknya.



Kisah Kopi dan fakta menarik mengenainya =)  

Posted by dxcel in , , , ,


Salam.....

Pagi2 dah berkejaran ke KLIA akibat kesilapan sistem untuk Check In di kiosk self-check in. Pukul 5.15 pagi dah tercegat di depan kaunter daftar masuk MAS International. Tapi, malangnya pukul 6pagi baru kaunter bukak. Pukul 6.15pagi, alhamdulillah, dah berjaya daftar masuk. Then, rushing pi ke rumah biras di Sepang sebab nak mintak dia jaga keta. 6.50pagi, sampai balik ke KLIA. Boarding time pukul 7pagi. Hohoho...kalut2......

Bila dah boarding, perut dah mula rasa lapar. Sebab tak pernah tinggal sarapan pagi. Apa lagi, cari la kedai yang ada. Then, nampak 'Jonker Walk' Kopitiam di sebelah lane pintu masuk B. Time dah pukul 6.55pagi. Tinggal lagi 5minit! Aku pun pesan Kopi Kampung! Harga? RM 5.90 secawan! Temasuk tax...dah RM 6ringgit lebih. hehe. Hantam saja lah labu....

Kopi kampung Jonker. Sedap. Pekat.

Jom tengok sikit antara fakta2 menarik mengenai kopi:

  • Hayat pokok kopi boleh mencecah sehingga 50-70tahun!
  • Biji kopi akan bertukar dari warna kuning ke oren dan akhirnya ke warna merah dalam masa 6-8bulan dari ianya berbunga.
  • Dianggarkan 1400juta cawan kopi diminum diseluruh dunia setiap hari
  • Antara perkataan kopi dalam bahasa lain: Qahwah-Arab, Koffie-Dutch,Kahve-Turki,Kafei-Mandarin
  • 1 Oktober merupakan "Hari Kopi" di Jepun
  • Komoditi kedua terbesar didagangkan di dunia selepas Minyak.

P/S: Kopi memang salah satu minuman kegemaranku!

Isu Terminal Bersepadu Selatan : Salah siapa?  

Posted by dxcel in , , , , , ,

Bangunan ini tersergam indah, canggih dan sungguh selesa. Namun, ada pihak yang masih menolak untuk beroperasi disini. Salah siapa?


Assalamualaikum dan salam sejahtera.....

Isnin lepas sempat aku melawat terminal bersepadu selatan yang terletak di Bandar Tasik Selatan. Pertama kali menjejakkan kaki ke TBS ni, memang kagum. Kenapa? Antara sebab aku kagum:

1. Kondusif. Keadaan terminal yang jauh berbeza dengan terminal2 bas yang lain di Malaysia.
2. Selamat. Terminal ini dilengkapi lebih 500 CCTV bagi membantu kawalan keselamatan. Selain daripada itu, terdapat ramai petugas keselamatn di serata pelosok terminal.
3. Canggih. Terminal ni ala2 lapangan terbang. Lengkap dengan skrin yang memaparkan masa ketibaan dan pelepasan bas. Ini memudahkan penumpang memastikan ketibaan/pelepasan mereka.
4. Tersusun rapi. Layout terminal ini memang tersusun. Sesuatu tempat berjaya diasingkan dan tidak mengelirukan.
5. Kaunter tiket berpusat. Anda tak perlu lagi untuk berjalan dari kaunter ke kaunter untuk mendapatkan tiket bas pilihan anda. Konsep kaunter berpusat disini membolehkan penumpang membeli tiket2 bas pilihan anda dikaunter yang sama. So, mintak maaf la kepada semua ulat2 tiket. Dan penumpang, tak risau lagi akan dipaksa/diganggu untuk memilih bas dan membeli tiket.
6. Balai pelepasan dengan akses terhad. Hanya penumpang bertiket dibenarkan masuk ke balai pelepasan. Macam airport kan?

Namun, disebalik semua yang indah2..masih ada yang mencacatkan proses pemindahan operasi bas-bas ke terminal ini. Seperti yang terpampang di dalam akhbar2, media2 dan dipaparkan di TV, terminal ini di BOIKOT! Kenapa?

Persatuan Pengusaha Bas Semenanjung Malaysia memutuskan untuk terus memboikot terminal ini atas alasan, caj yang dikenakan TERLALU MAHAL!

Setiap bas yang masuk ke terminal setiap kali akan dikenakan caj RM20 dan setiap penumpang akan dicaj RM 1. Adakah caj ini mahal bagi anda? Bagi individu, mungkin ya. Tapi bagi sebuah syarikat bas, mungkin tidak (pada pendapat saya).

Hanya kerana RM20, anda telah menafikan keselesaan penumpang untuk menunggu dan tiba di terminal yang lebih selesa. Adakah itu adil? Bagi anda, keuntungan RM20 adalah lebih penting daripada mementingkan keselesaan penumpang ketiba menunggu/tiba! Atau, adakah ini muslihat syarikat bas untuk menjadikan satu lagi sebab untu menaikkan harga tambang sedia ada?

Bagi saya, syarikat bas yang tidak beroperasi di TBS...anda sebenarnya RUGI!!!! Hanya kerana RM20 bagi setiap bas anda, setiap trip, anda RUGI!!!!

P.s ::

Utamakan pelanggan daripada keuntungan anda semata2 sebab yang membawa keuntungan kepada anda adalah pelanggan.

TBS adalah satu peluang untuk syarikat anda mempertingkan kualiti perkhidmatan anda sebenarnya. Jadi, kerajaan dah sediakan fasiliti terbaik, terpulang kepada anda untuk menggunakannya atau sekadar melihatnya saja.

Pendapat saya, kerajaan melalui kemeterian pengangkutan harus bertegas kepada pengusaha bas. Kata rakyat diutamakan kan? Batalkan saja permit syarikat yang enggan berpindah. Hanya kerana RM20...nak dijadikan alasan. Tak boleh diterima!

Pornografi, Artis dan .....  

Posted by dxcel in , ,

Salam.....


Ooopss! Kenapa tajuk macam nak buat kontroversi je? Apa kaitan pornografi dan artis? First of all, saya menyusun sepuluhjari sekiranya anda yang membaca artikel ini dan terasa. Tapi, ada mesej yang saya nak sampaikan kepada anda, ANDA MAMPU MENGUBAHNYA!

Sebelum tambah cerita, jom fahami apa sebenarnya maksud pornografi ni. Asal perkataan pornografi ni berasal dari 2 perkataan, iaitu porne dan graphos. Kombinasi kedua-dua perkataan tersebut membawa maksud sesuatu yang ditulis, dirakam, dicetak, atau digambarkan dengan media bagi tujuan merangsang nafsu seks. Dalam erti kata mudah, bahan lucah! Kat Malaysia ni sekarang dah macam-macam bahan lucah yang boleh didapati dengan mudah. Tak cukup dengan media cetak, multimedia, video, sekarang dah dijadikan bahan mainan!

Kembali kepada tajuk kita tadi. Sebenarnya saya terlintas untuk menulis artikel ini time tengok berita utama tadi. Salah seorang idola saya, Tun Dr. Mahathir, bercakap tentangnya! Jadi apa pulak kaitannya dengan artis? Apa salah artis?

Umum mengetahui, artis ni kan 'ikon' dalam masyarakat. Secara sedar atau tak sedar, apa sahaja perlakuan artis, menjadi ikutan kepada masyarakat. Tak semua artis yang mempamerkan imej buruk, tapi apa yang saya perhatikan, MAJORITI daripada mereka menjadikan imej artis buruk.

Perlukah artis menunjuk-nunjuk dengan berpakaian sexy? Perlukah artis berpakaian dedah sana dedah sini atas tiket mengikut peredaran masa berfesyen? Yang lelaki pula perlukah anda, seorang Islam, mengaku Islam, tapi bersubang? Ramai juga yang mewarnakan rambut? Dan paling menyakitkan hati, RAMAI artis kita, melayu, beragama ISLAM, sanggup meneguk air kencing syaitan. Kat mana? Dah tentu di kelab-kelab, pub2, disko2, malahan restoran2 mewah. Sebab? Sebab diorang rasa diorang tu ARTIS!

Apa kaitan dengan lucah atau porno? Mungkin setakat ini kita tak dengar lagi artis kita buat filem lucah/video lucah (jarang dengar walaupun mungkin ada). Tapi, apa yang mereka paparkan, imej mereka yang menjadi ikutan, terutama golongan remaja, sedikit sebanyak menyumbang ke arah itu. Ada juga di antara mereka yang secara terang-terangan berpeluk-pelukan di khalayak ramai dengan pasangan, ada juga yang pergi bercuti di luar negara dengan pasangannya. Mungkin anda, wahai artis menafikan 'perkara tak elok' berlaku di sana. Tapi perbuatan anda tadi, menimbulkan fitnah, dan syak wasangka. Jadi, seeloknya, elakkanlah. Jika benar anda bercinta, bernikah la secepat mungkin. Jika anda nak berfesyen, pilihlah pakaian yang sopan. Ubahlah diri anda perlahan-lahan kerana tanda-tanda kiamat semakin jelas dari hari ke hari.

Sikap Pemandu Punca Kemalangan?  

Posted by dxcel in , , , , ,



Salam....

Duduk di KL ni, masalah di atas jalan raya tu memang dah jadi lumrah. Mungkin 10% kehidupan di KL ni atas jalan raya je (sebab selalu sangkut dalam jam). Salah satu sebab terjadinya kesesakan di KL ni adalah KEMALANGAN. Walaupun ade kereta yang tayar pancit, pemandu prihatin di Malaysia ni suka sangat memperlahankan kenderaan, nak tumpang tengok apa yang terjadi. Maka, sesaklah kenderaan dibelakang-belakang anda.....dan ada yang terleka sampai terlanggar pulak kereta depan...dah satu lagi kemalangan.

So, dalam entri kali ni, nek berceloteh skit pasai punca kemalangan di Malaysia, khususnya di KL. Mungkin apa yang aku tulis dalam blog ni hanya sebahagian kecil punca, tapi harapan aku, semoga sesape saja yang membaca entri ni dapat berubah kalau perkara yang disebut tu terkena kat atas batang hidung sendiri (termasuk aku =P)

Kes kemalangan kat KL ni memang tak pernah nak kurang. Apa sebabnya, salah satunya adalah secara logiknya, KL semakin sesak dengan kenderaan. Orang semakin banyak pakai kereta, moto, lori, van dan sebagainya. Tak percaya? Tengok statistik kat bawah tu.
Data statistik kemalangan 10 tahun. (Klik untuk besarkan)
Sumber : www.jkjr.gov.my

Selama 3tahun aku memandu di kotaraya KL ni, bermacam-macam ragam yang dapat aku perhatikan. Memang bukan semua pemandu yang bersikap 'kurang ajar' tapi yang segelintir ni la boleh menjadi punca kepada kemalangan. Antaranya:

1. Malas nak berenti di traffic lights merah walaupun akan hijau 2-3 saat lagi. Sikap ni aku slalu perati kat penunggang motosikal. Di nampak je lampu di simpang sebelah dah kuning dan tak ada kereta, terus jalan walapun kejap je lagi dah nak hijau laluan kita. Awas, kadang-kadang sewaktu kita toleh tak ada kereta, dan tiba-tiba ada je yang memecut sebab tak nak terlepas lampu kuning tuh!

2. Bawak kereta nak tunjuk terer macam pelumba pro. Ni lagi satu sikap aku selalu perati di KL. Terutama kereta yang dah 'dimekap' dan 'dimodified'. Tahu la enjin tu kuat, bunyi berdentum, pick-up power, tapi jalan raya bukan tempat nak uji semua tu ok! Geng-geng macam ni boleh muncul tiba-tiba di belakang kita dan mengikut rapat (cucuk belakang) dan menekan-nekan minyak (kononnya keta dia sangat laju). Bila diorang ni geram, mula la nak menyelit kiri, kanan, ke depan. Signal tu jangan harap la nak bagi, almaklum la...keta lumba mana pakai signal!

3. Tekan hon lagi senang dari tekan brek. Hah. Sikap ni macam dah terlalu biasa di KL ni. Terutama di susur masuk. Dah la pecut laju, bila nampak kereta dari simpang susur masuk bagi signal nak masuk, di tekannya hon kuat2 supaya orang alert yang kereta dia sangat laju dan tak boleh berenti! Kalau orang masuk secara mengejut dan tak bagi signal tu tak pa la, ni dari jauh dah tekan. Aduh..sdare, brek kan ada...bukan suruh tekan brek mengejut, tekan brek, perlahankan kenderaan anda. Gunakan hon secara bijak, bukan melalak!

4. Pemandu kenderaan besar terasa mereka jugak besar. Ni nak merayu sangat2 kat abg2 lori kita, anda memandu sesuatu yang besar, jadi, hormatilah yang kecil. Walaupun anda kuat dan gagah, tapi ingatlah nyawa orang yang kecil di bawah. Selalu sangat diperhatikan pemandu kenderaan berat ni, memandu sesuka hati. Dia nak tukaq lane, dia tukaq. Dia nak ke kiri, ke kanan, pedulikan orang belakang. Memandu, ikut rapat-rapat dengan kenderaan depan. Tak puas hati, dia guna hon power tu kat orang. Hmm...Lagi satu..yang bawak tanah atau batu. Sebelum jalan atas jalanraya, pastikan timbunan tanah dan batu tu ditutupi RAPAT. Bukan sekadar tudung ja. Habis cermin kereta orang pecah, batu terpelanting kena muka penunggang moto, terkena pejalan kaki! Berubahlah wahai pemandu lori!

5. Aku nak belok sekarang!. Kemalangan di simpang salah satu penyumbang tertinggi dalam statistik kemalangan. Apa yang aku nak tekan kat sini, penggunaan lampu signal. Ada manusia yang jenis memang tak reti nak pakai lampu signal ni. Nak belok ke, nak tukaq lane ka, nak memotong ka, ikut suka dia. Dia rasa, orang dapat baca apa dia nak buat dan akhirnya....gedegang! orang langgar dari belakang. Sapa yang salah? Orang belakang jugak....hmmm...Ada lagi sejenis pulak terlampau cepat tindakan dia. Bagi signal dan terus masuk. Dam! Dah kena dah....."Apsal ko langgar aku hah! Tak nampak ke aku dah bagi signal!". Dia jugak yang betul....Seeleoknya, bagi la signal 15 saat sebelum anda membelok atau menukar haluan, atau 100meter. Walaupun orang mengata, tapi anda selamat, orang lain pun selamat.

Setakat ni dulu celoteh aku hari ni. Kalau ikut banyak lagi nak senarai. Tapi, pikir-pikirlah sendiri!

Sayangi Nyawa Anda dan Semua Nyawa yang lain, Pandu Cermat, Anda Selamat, Orang Lain pun Selamat! =)

Saya nak jual kapal terbang!  

Posted by dxcel in ,


Salam...


Dalam dok tengok TV tadi, aku terdengar satu kisah yang diceritakan oleh Dr. Fazley. Mungkin ramai dah dengar cerita ni. Tapi tak kisah, aku nak kongsi bagi semua yang belum mendengar.

Kisahnya di sebuah sekolah, cikgu bertanya, "Murid-murid, nanti besar, apa kamu nak jadi?". Lebih kurang macam tu la bunyi soalan cikgu tu. Lalu ada sorang pelajar bangun dan kata "Saya nak jadi juruterbang cikgu". Seorang lagi bangun "Saya nak jadi jurutera kapalterbang cikgu". Yang bestnya sorang lagi plak cakap "Saya nak jual kapalterbang cikgu".

Sebenarnya, mesej yang ingin disampaikan dalam cerita ni adalah "mindset". Mindset budak ke-3 tadi mungkin dah menggambarkan bahawa beliau adalah seorang usahawan yang berjaya pada suatu masa nanti. Jadi, kesimpulannya, apa pun anda nak jadi, tanamkan semangat dan keazaman tu dalam hati dan minda. Sebab, hati yang akan membantu menggerakkan minda anda ke arah yang anda kehendaki

Semoga berjaya!

Aku ke salah?  

Posted by dxcel in

Salam. Sekian lama tidak menulis blog. Kini, aku nekad nak teruskan berblog. Nak kongsi apa saja pengetahuan yang aku ada dengan semua. Coretan kali ni, tentang sikap.

Kejadian pertama:
Waktu aku menunggang motor nak balik dari keja baru ni, aku ikut belakang sebuah moto lain. Kami sama-sama berenti di lampu isyarat. Sebaik saja lampu hijau, dia berada di depan. Aku masih mengekori abang tu. tetiba dia brek mengejut. Aku cuba mengelak ke sebelah kanan, dan cuba memotong. Dan sekali lagi, abang ni terus belok kanan tanpa bagi sebarang isyarat. Hampir-hampir kami bertembung. Dan tak semena-mena, dia dengan kasarnya paling ke arah saya dan berkata " WOI! Bodo la ko!". Aku pun blur. Aku ke yang salah. Aku pun angkat tangan sebagai tanda mintak maaf (Kot-kot la aku yang salah).

Kejadian kedua:
Aku tengah beratur di airport untuk daftar masuk. Depan aku ada sorang je tengah check in. Sampai je giliran aku tetiba ada sorang "uncle" ni terus potong aku dan terus ke kaunter. Nak marah, macam tak hormat orang tua. Tapi tindakan dia potong aku tu, macam tak hormat orang yang beratur plak. Mungkin dia dah terlambat, tapi apa la salahnya kalau minta izin dulu, bukankah tu lebih sopan?

Jadi kesimpulan dari 2 kisah aku di atas tu, aku nak tanya soalan : Adakah budaya sopan orang kita dah hilang? Fikir, renung dan bertindak! Jumpa lagi...