Kadang-kadang, bila banyak sangat cawan yang disimpan dalam almari tu menyebabkan kilauan cawan tu dah tak menyerlah. Mungkin jugak, anda terlupa nak beli sabun pencuci pinggan mangkuk dan tercari2..apa yang boleh digunakan untuk menggantikan sabun tu!

Salam...
Entri kali ni mengenai sirih. Kenal sirih? Kalau tak kenal tu...agak janggal la. Hehe. Tapi takpe, internet ada, google. Ala, daun yang makcik2 kat kampung yang suka kunyah tu! Calit kapur, letak pinang, lipat2, ngap! Tak tau jugak, majlis orang kawin selalu ada, sirih junjung!
Ok. Cerita tentang sirih ni, sirih merupakan sejenis pokok renek yang menjalar dan memanjat. Daunnya agas pedas dan tawar apabila dimakan (berdasarkan feedback orang yang makan =p sebab aku xpenah makan, hehe). Orang cakap, kalau pertama kali makan, anda akan berasa pening dan pandangan berpinar2! So, don't makan sirih and drive! hehe. Selain dari makan, macam aku cakap kat atas tadi, sirih ni sinonim dengan majlis2 adat melayu, pertunangan, pernikahan dan perkahwinan. Dalam entri ni jugak, aku nak senaraikan beberapa khasiat lain sirih selain daripada dimakan dan digunakan dalam majlis beradat.
1. Merawat sakit perut, masalah bau badan dan mulut. Rebus beberapa helai daun. Gunakan air rebusan untuk berkumur untuk hilangkan bau mulut. Air rebusan yang sama juga diminum setiap pagi untuk merawat sakit perut dan bau badan.
2. Merawat kembung perut. Kisar lumat atau tumbuk beberapa helai daun. Letakkan daun yang dikisar di perut dan balut dengan kain bersih.
3. Merawat hidung berdarah. Gulung sehelai daun sirih dan disumbat ke dalam lubang hidung di dalam keadaan anda sedang duduk. Bernafas dengan mulut semasa dirawat. Biarkan sehingga pendarahan berhenti.
4. Mengurangkam sakit gigi. Rebus beberapa lembar daun sirih dan masukkan sedikit garam ke dalam rebusan. Kumur dengan menggunakan air rebusan tadi.
Selamat mencuba!

Malam semalam...aku naik bas..dari alor setar menuju ke butterworth...kemudian kena sambung perjalanan ke kulim..untuk hadir walimatul urus sepupu aku...perjalanan bemula dari kl dengan aku memandu kereta orang (jadi driver). Dah hantar kete diorg...baru gerak ke stesen bas...peghh..kl ke alor star dah 6 jam dah..nak sambung lagi perjalanan. Sampai je kat sten bas, aku pun dengan konfiden terus pi kat kaunter transnasional. Sampai je giliran org depan aku..."tiket last dik..."..hampeh tul...then terpaksa la aku pi cari bas konsortium yang digeruni ramai tu...almaklum la...janji bas kul 7.45mlm..tunggu punya tunggu..bas pun xnampak rupa...ni buat gua marah ni...pegi la kaunter..tanya si penjual tiket..takut kang org tu ulat tiket...dia kata "jangan risau..kami tak jual tiket palsu...bas mesti ada punya...". Sabar menunggu lagi...lebih kurg kul 8mlm,bas pun muncul..ape lagi..aku yg keletihan ni..terus pi terpa (menuju) nak naik bas la. Tetiba abg driver kata..bas ni tak jlan dik..tunggu bas lagi satu...hangin btol! Pukul 8.30mlm...bas lagi satu pun sampai. aku pun pi kat bas...naik. Bila org cek tiket...aku punya tiket plak hilang...wah..ape punya nasib da....nasib baik si penjual tiket tadi tolong aku pujuk driver bas suuh lepaskan je aku...tu laa...jangan buruk sangka dengan org..tadi kita angka dia jahat..nak tipu kita..last2..dia jugak tolong kita...
Jam dah kul 9mlm..bas pun gerak..cuaca xbrapa elok...hujan lebat. Bas ni dah laa datang lewat...jalan plak terkemut-kemut...slow sangat2. Ni la alh satu punca kemalangan dok jadi..bas pun tak di'maintain' elok2. Dah tau enjin nak luruh..still bagi jalan jugak. Tak heran la kalau bas dari syarikat yang sama assyik terlibat dalam kemalangan. Dlam hati mintaak dijauhkan la semua tu. 30 minit perjalanan, wiper plak jam. Dahla malam, hujan lebat plak, wiper plak jam. Eeee...geram betol aku (dalam hati je la...). Abg driver cuba turun baiki..tapi xberjaya. Last skali dia naik bas...dia bagitau driver sorg lagi "kalau ada ubit kentang,boleh tonyoh cermin. Ayaq tak melekat".
Kesimpulannya, kalau anda yang tak de waxco, atau rainshield solution nak letak kat cermin keta untuk elak pandangan kabur waktu hujan, boleh try guna ubi kentang. Caranya, potong ubi kentang 2 bahagian, kemudian sapukan bahagian isinya ke atas cermin, sapu rata ke seluruh bahagian cermin.
Selamat mencuba!



