Showing posts with label Nutrisi Pemakanan. Show all posts

Khasiat Kacang Soya :: Antikanser  

Posted by dxcel in


Salam

Teruja dengan artikel yang dibaca dalam sebuah buku, aku nak kongsikan dengan semua pembaca blog aku tentang khasiat kacang soya dan produknya dalam mencegah kanser atau antikanser. Antara produk kacang soya yang seringkali kita guna adalah susu, tofu, tempe dan sebagainya. Tapi, kita tak tau apa ada dalam soya yang baik untuk kesihatan kita.




Di dalam kacang soya, terdapat paling kurang lima bahan sebatian yang dikenalpasti berfungsi sebagai antikanser. Antaranya adalah genistein dan diadzein yang mampu menghalang pertumbuhan sel-sel kanser. Di samping itu, ahli-ahli sains juga menemui satu lagi bahan di dalam produk soya yang mempunyai formula kimia yang sama dengan tamoxifen, sejenis ubat yang digunapakai secara rutin bagi merawat kanser payudara. Kajian yang dilakukan ke atas binatang-binatang mendapati kesemua bahan-bahan ini mampu menghalang pertumbuhan sel-sel barah di kulit dan usus besar.



So, cegah sebelum parah..selamat mencuba dan semoga anda dan saya sihat selalu!

Nenas : Masam manis penuh khasiat  

Posted by dxcel in ,


Salam semua!


Lepas baca sebuah buku, aku macam nak kongsi dengan semua tentang khasiat nenas ni. Bukan apa, aku dulu pun tak suka sangat makan nenas ni. Masam satu hal (walaupun ada jugak yang manis), gatal lidah satu hal. Tapi bila dah baca, aku rasa bagus jugak nenas ni.

Salah satu kehebatan nenas ni, ia boleh membantu proses penghadaman protein dan membantu mempercepatkan penyembuhan. Nenas ni kaya dengan enzim bromelain. Bromelain dapat membantu kita semasa kita sakit tekak dan membantu proses penghadaman. Tugas bromelain ni, ia menghadamkan protein yang terdapat dalam makanan dan memudahkan penyerapan protein ke dalam tubuh. Bromelain jugak berfungsi mempercepatkan penyembuhan luka dan membantu mengurangkan radang (inflamasi). Jadi, nenas ni sebenarnya bagus untuk mereka yang akan dan lepas pembedahan. Bromelain jugak boleh dibeli di farmasi dalam bentuk kapsul.

Nenas jugak berfungsi sebagai "pencuci". Bromelain tadi bertindak dalam mencuci dan seimbangkan cecair yang bersifat alkali atau berasid. Ianya dapat meningkatkan kealkalian darah yang membantu mengurangkan acidosi dan oedema dengan menyingkirkan lebihan air di dalam badan.

Bagi yang mempunyai penyakit gout, kandungan asid aspartik yang terdapat dalam nenas mungkin dapat membantu anda. Aspartik asid ini dapat membantu badan menyingkirkan lebihan Ammonia yang terdapat di dalam badan kita. Ammonia adalah berbahaya kepada badan dan sistem saraf kita!

Akan tetapi, bagi sesetengah orang, makan terlalu banyak nenas mungkin akan membawa masalah kepada mereka! Ada yang akan terasa sakit kepala disebabkan buah nenas mengandungi 5-hydroxyptamine yang menyebabkan salur darah, terutamanya yang terdapat di dalam otak mengecut. Jadi, akibatnya, tekanan darah akan meningkat dan anda mungkin akan mengalami sakit kepala!

Tadi aku ada sebut pasal buah nenas ni menyebabkan gatal-gatal pada lidah lepas makan. Nak tau macam mana nak elakkan? Senang ja, potong buah nenas kepada kepingan kecil dan rendam dalam air garam sebelum makan!

Sebelum ni jugak aku ada dengar pesan orang-orang lama. Orang mengandung, jangan makan nenas. So, aku dah dapat jawapan dalam buku ni. Rupanya, buah nenas ni boleh menyebabkan aliran darah yang banyak semasa haid. Jadi, bagi mereka yang mengandung, elakkan makan nenas untuk mengelakkan keguguran.

Jadi setakat ni saja perkongsian ilmu kali ni. Harap dapat sikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Sumber rujukan:
C.J. Suan, What's in your food?, Pelanduk Publications, 2007

Pisang? Ape Kelas!  

Posted by dxcel in


Buah yang manis rasanya dengan isi yang padat berkrim adalah antara buah-buahan tropika yang boleh didapati sepanjang tahun. Di sebalik ‘jaket’ kuning buah ini, terselindung isi yang penuh dengan khasiat yang mungkin umum tidak mengetahuinya, sama ada untuk kesihatan minda dan fizikal. Bukan sahaja golongan dewasa yang boleh menikmati khasiat buah yang serba lengkap dengan nutrien ini, malah kanak-kanak di peringkat bayi juga sesuai untuk menikmatinya. Kaya dengan vitamin B6 dan vitamin C, pisang juga menjadi sumber alternatif kepada para atlet sebagai sumber tenaga sebelum melakukan aktiviti sukan mereka.

Dalam kajian yang dijalankan terhadap 200 di sebuah sekolah di United Kingdom, di dapati pisang mempunyai ‘kuasa’ yang menakjubkan dalam mempertingkatkan daya konsentrasi para pelajar di dalam kelas. Dari mana datangnya ‘kuasa’ itu? Apa nutriennya? Jawapannya, potassium atau garam galian kalium. Semasa peperiksaan, pisang juga menjadi alternatif bagi ‘ubat penenang’ di mana peranan ini dimainkan oleh kandungan vitamin B di dalam pisang. Hebat rupanya pisang ni ye walaupun ia antara buah yang termurah di pasaran. Sesikat hanya dalam lingkungan RM 2.00-RM 3.00 ( di bandar la)!!!!. Motivasinya di sini, jangan pandang yang murah itu tidak bernilai (teringat saya pada iklan kasut buatan Gombak sempena merdeka).

Pisang emas di bawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi di bawa mati.

Amboi! Tetiba saya berpantun pulak! Kenapa ye? Sebab ada perkataan pisang dalam pantun tu ke? Ye, memang betul..sebab ada pisang dalam pantun Tapi, saya nak uji anda para pembaca sekalian, anda tahu maksud tersirat pantun tersebut? Pasal hutang? Itu aje? Ada lagi..Pernah tak anda terfikir kenapa mesti pisang yang dipilih untuk dibawa belayar? Kenapa tak bawa buah lain ek? Wah..dah macam-macam soalan saya kemukakan. Ape sebenarnya mesej yang saya ingin sampaikan? Mesejnya wahai pembaca yang budiman sekalian, pisang telah dikenalpasti sebagai penghilang rasa mabuk atau pening. Sama hebat macam Panadol™ rupanya pisang ni! Kandungan nutrien yang hebat di dalam pisang berupaya mengawal kandungan gula di dalam darah. Apabila berlaku gejala pening atau mabuk, pisang memainkan peranan penting dengan menaikkan kandungan gula di dalam darah bagi membantu membekalkan lebih banyak tenaga kepada sel-sel di dalam badan supaya berfungsi seperti sediakala.

Ketika minum-minum di sebuah gerai di Alor Setar, tetiba datang dua orang pemuda. “Mas, boleh tumpang duduk?”. Dalam hati saya,“dah sah la ni mamat indon.” Saya pun cakap, silakan la. Takkan orang nak tumpang duduk, cakap sopan, kita nak halau? Moralnya di sini, berprasangka baik, balasannya pun baik. Eh, apa balasan yang saya dapat? Ada ke dalam cerita tadi? Memang la kita tak nampak..Cuba kita nyalakan api, dok dekat api. Anda rasa panas? Betul ke panas? Tak nampak pun panas? Begitulah tamsilannya. Sambung balik cerita. Saya pun cuba-cuba untuk bersembang dengan kedua-dua orang mamat Indon ni. Diorang bekerja dekat kawasan pembinaan di sekitar tempat tinggal saya. Banyak juga yang dibualkan. Tapi, yang saya nak cerita ni, mesti la ada kaitan dengan tajuk kita kan? Saya bertanya, “Kamu bekerja,siang malam, pagi petang, nampak steady je. Makan apa? Ada amal jamu ke?”. “Ngak mas, kok mas ngak tahu, amalan orang tua-tua itu ada bagusnya. Memang jamu itu menyihatkan. Tapi, di mana mau dapat jamu hari-hari di Malaysia. Kalau ada sekalipun, mahal,” jawab salah seorang dari mereka, kemudian di sambung lagi dengan makanan yang agak penuh dalam mulutnya “Nah, ini lah ‘ubat kuat’ kami,” sambil beliau tunjuk sebiji pisang yang kebetulan ada di setiap meja di gerai tu.

Sebaik saja beredar dari gerai tersebut, saya pun terus pergi mencari maklumat. Menarik betul buah pisang ni. Saya jumpa satu jurnal dan beberapa artikel. Antaranya ada kaitan dengan apa yang mamat Indon tadi sebut. Fakta menunjukkan, pisang amat berguna kepada para pekerja dalam menstabilkan stamina dan juga tekanan yang dihadapi ketika bekerja. Satu kajian menarik yang saya dapat baca adalah mengenai kajian yang dijalankan di Austria. 5,000 responden yang diperolehi daripada hospital-hospital telah membuktikan bahawa obesiti kebanyakkannya berpunca daripada tekanan kerja yang berat. Bagi mengelakkan atau membantu mengurangkan tekanan kerja, penyelidik mendapati para pekerja memerlukan bekalan makanan yang tinggi karbohidrat setiap dua jam. Sebagai alternatif, snek berasaskan pisang diberikan. Jadi, dua lagi keajaiban khasiat pisang kita ketahui; mengurangkan tekanan dan membantu mengurangkan risiko obesiti.

Kesihatan badan juga dapat membantu minda kita bekerja dengan cemerlang. Antara khasiat pisang dalam penjagaan kesihatan badan, contohnya dalam mengawal suhu badan. Saya terbaca suatu artikel mengenai amalan tradisi masyarakat Thailand. Ibu-ibu yang mengandung di sana mempercayai pisang dapat menyejukkan anak mereka yang di dalam perut tu! Eh, betul ke ni? Tak percaya kenalah cuba wahai para ibu sekalian, atau bakal ibu.

Jumpa lagi di artikel berikutnya. Mungkin kita dedahkan rahsia khasiat makanan yang lain pula.

Salam ceria.