Showing posts with label CASIO. Show all posts

Kisah Jam Berjenama CASIO  

Posted by dxcel in , , , , ,

Salam semua!

Semoga Jumaat ini menjadikan inspirasi untuk kita semua menjadi lebih baik dari hari-hari sebelumnya!

Kali ni, aku nak cerita pasal jam. Especially jam kesayangan aku, yang dah berkhidmat untuk aku hampir 2 tahun! Thank u to Mr. CASIO!


Ni la jam kesayanganku! Masih hensem walaupun ada sikit calar2! hehe..sori ye Mr. Casio!


Macam yang aku cakap kat atas, jam ni dibeli 2 tahun tahun yang lepas. Aku beli kat Miri (Imperial Mall). Sepanjang aku pakai jam ni, memang puas hati. Walaupun agak mahal (lebih kurang RM300++) tapi memang berbaloi. Tak pernah buat hal. Jatuh terhempas, tenggelam dalam air, still steady! Paling best, jam ni tak ada karat walaupun aku sentiasa pakai jam ni kemana-mana dan berpeluh. Nampak macam simple je jam ni, tapi ada thermometer, ada waktu2 dunia n sports functions.

Jadi, moralnya di sini, alang-alang membeli, biarlah berbaloi...hehe. Tapi ingat, beli setakat yang kita mampu, jangan sampai tak mampu pun nak beli jugak barang mahal2.

Sedikit trivia mengenai CASIO:

  • Pengasasnya adalah Tadao Kashio.
  • Ditubuhkan pada tahun 1946
  • Produk pertama ciptaan Tadao Kashio dan adiknya adalah Yubiwa Pipe (tengok gambar di bawah)
  • Pada tahun 1954, mereka berjaya mencipta kalkulator elektro-mekanical bersaiz meja iaitu yang pertama di Jepun.
  • Pada tahun 1957, kalkulator pertama "all-electric compact" dijual pada harga 485,000Yen.
  • Pada tahun 1957 juga Casio Computer Co. Ltd. ditubuhkan.
Inilah 'Yubiwa Pipe', produk pertama yang dihasilkan oleh Tadao Kashio dan adiknya.